Cara Pembelian
LANGKAH 1
Untuk membuat pembelian sila pergi ke http://hariharimau.com/order.php dan isikan kuantiti produk bersama-sama alamat email anda. Kami memerlukan anda mengisi email anda sebanyak dua kali untuk memastikan anda tidak buat kesalahan. Oleh itu sila taip satu persatu email anda dan ulang sekali lagi di ruangan bawah. Jangan "copy and paste" kerana kami dapati ini adalah sebab utama pelanggan tidak menerima email pengesahan tempahan daripada pihak kami.
LANGKAH 2
Sila masukkan butiran penghantaran dengan jelas dan lengkap. Yang paling penting di sini adalah password untuk login ke portal pelanggan anda. Anda perlu gunakan alamat email dan password ini untuk meneruskan transaksi pembelian anda. Oleh itu sila gunakan password yang anda selalu guna dan senang ingat. Jika anda main taram sahaja, mesti anda lupa. Sila tulis dan simpan di tempat yang selamat. Terima kasih.
LANGKAH 3
Sila semak dan kemaskini atau edit maklumat anda jika perlu.
LANGKAH 4
Setelah kami menerima tempahan anda, kami akan memaklumkan penerimaan tempahan melalui sistem mesej portal pelanggan dan email. Anda dikehendaki menyemak sistem mesej portal pelanggan ataupun email anda untuk butiran akaun bank kami dan buat bayaran ke akaun bank tersebut secepat mungkin, dalam masa 1 - 2 hari. Sila semak spam folder anda untuk email daripada sistem kami yang berakhir dengan @hariharimau.com. Oleh itu, jika anda tidak dapat apa-apa email daripada pihak kami pada hari yang sama, anda perlu segera menghubungi kami melalui sistem mesej di portal pelanggan. Tolong jangan email kami di alamat @hariharimau.com kerana ia adalah robot sistem tempahan sahaja.
LANGKAH 5
Sila login ke portal pelanggan anda setelah membuat pembayaran ke akaun bank. Anda perlu berikan maklum balas mengenai transaksi pembayaran tersebut. Adalah amat penting sekali untuk anda mengisi borang notifikasi pembayaran di portal pelanggan setelah membuat pembayaran. Sila klik pada butang di butiran lanjut dan pautan untuk borang notifikasi pembayaran.
Sebagai peringatan, anda perlu membuat bayaran dalam tempoh 1 - 2 hari sahaja, jika tidak kami akan menghubungi anda melalui sms sebagai peringatan. Tempahan anda akan dilupuskan oleh sistem secara automatik dalam masa 7 hari.
PENGHANTARAN PRODUK
Tempahan yang telah diproses dan dibuat pengesahan dengan bank akan dihantar kepada anda pada keesokan harinya menggunakan perkhidmatan Pos Laju.
